NADMA Salur RM480,000 Kepada Selangor Siasat Tapak Cerun Runtuh Batang Kali

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menyalurkan peruntukan segera sebanyak RM480,000 kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi membolehkan Jabatan Kerja Raya (JKR) melaksanakan kerja-kerja penyiasatan tapak cerun runtuh di laluan B66 seksyen 14.0 Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali juga memaklumkan, setakat ini waris kepada 11 mangsa meninggal dunia telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) kematian.

“Manakala urusan penyaluran BWI kematian kepada 20 lagi waris mangsa yang meninggal dunia dan BWI kepada 45 mangsa yang selamat akan disalurkan dalam masa terdekat.

“Mangsa-mangsa yang terlibat dari Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Armizan semalam menyampaikan BWI kematian kepada dau waris mangsa iaitu Tong Chee Kong yang kehilangan isteri dan anak lelaki (RM20,000) dan Siti Esah Hassan yang kehilangan anak perempuan (RM10,000).

Operasi mencari dan menyelamat 92 orang mangsa terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali telah berakhir pada 24 Disember 2022 setelah mayat terakhir dijumpai.

Daripada jumlah tersebut, seramai 61 orang telah berjaya diselamatkan dan 31 orang meninggal dunia.

Bagi mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi ini, keluarga atau waris mangsa akan menerima BWI kematian sebanyak RM10,000 manakala untuk mangsa yang selamat akan menerima BWI sebanyak RM1,000 bagi setiap keluarga.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat