Zahid kemuka saran transformasi pembangunan luar bandar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pembangunan lestari luar bandar perlu proses berterusan bagi mencipta perubahan dan transformasi meliputi program-program yang bersifat inklusif.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan beberapa cadangan yang akan dilaksanakan kementeriannya bagi memastikan kelestarian pembangunan desa dan wilayah.

Antara saran beliau ialah peningkatan tadbir urus atau tata kelola yang baik lagi efisien di peringkat kawaaan setempat, daerah, dan wilayah dengan menghubungkan sektor swasta, masyarakat sivil dan agensi kerajaan yang strategik.

“Pembangunan sektor-sektor produktif yang merujuk kepada bidang pertanian, industri bukan pertanian, perlombongan, pelancongan, sumber alam semula jadi dan juga pengurusan alam sekitar,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri juga menambah, pembangunan institusi dan keupayaan beberapa bidang tujahan termasuk bidang pendidikan, latihan, kesihatan, penyelidikan lanjutan, pemasaran, simpanan dan kredit, pengangkutan dan alam sekitar.

Katanya, pembangunan infrastruktur desa termasuk jalan-jalan raya, elektrik, telekomunikasi, perumahan, air, kesihatan awam.

“Kesemua naratif, definisi, preskripsi, deskripsi mengenai ciri pembangunan desa dan wilayah perlu diperhalusi kerana ini akan mempengaruhi wacana dan naratif masyarakat desa.

“Penegasan ini penting untuk menyerlahkan kualiti inklusif yang merupakan bahagian daripada entiti masyarakat yang lebih besar yang perlu diberikan keutamaan berterusan oleh agensi, kementerian dan masyarakat sivil,” katanya.

Tegas beliau, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan memastikan aspek ini diterap dan dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan masyarakat desa dan wilayah.

“Hal ini juga untuk memastikan imperatif konsep desa yang pernah saya kemukakan sebelum ini bergerak sejajar dengan misi dan visi kementerian.

“Adalah tanggungjawab kepada kita semua bagi memastikan kelestarian pembangunan desa dan wilayah,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat