Dapatkan Segera Vaksin Dos Penggalak, Kes Covid-19 Di China Membimbangkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi disaran segera mendapatkan vaksin dos penggalak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata demikian selepas melihat perkembangan terkini kes Covid-19 di negara China.

“Melihat kepada perkembangan terkini di negara China, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menyarankan kepada semua untuk mendapatkan vaksin dos penggalak terutamanya barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi.

“Walaupun terkini kes dalam negara masih terkawal dan menurun, kita perlu mengambil tindakan bersiap siaga,” tegasnya dalam kenyataan pada Khamis.

Baru-baru ini media melaporkan, Wilayah perindustrian Zhejiang kini berdepan sejuta jangkitan bahru Covid-19 setiap hari malah jumlah itu dijangka meningkat sehingga dua kali ganda dalam tempoh beberapa hari lagi, menurut pihak berkuasa tempatan.

Menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China terdapat peningkatan kes di seluruh negara tetapi tiada laporan kematian Covid-19 di tanah besar sejak seminggu lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat