Kerajaan tak jatuh kalau Zahid kalah pemilihan Umno

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan jatuh walaupun walaupun berlaku pertukaran kepimpinan Umno dan ini bermakna sekiranya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kalah dalam pemilihan Umno sekali gus tidak lagi menjadi Presiden Umno, Kerajaan Perpaduan ini masih kekal memerintah.

Pemilihan Umno bukan acara mempertahan atau menjatuh kerajaan sebaliknya ia harus menjadi acara untuk memulihkan Umno yang ditolak ke dalam ‘lubang’ oleh Presiden sekarang.

Ketua Pengarang Agenda Massa, Ab Jalil Backer berkata, kini penyokong-penyokong Zahid menjual naratif kekalahan beliau dalam pemilihan Umno akan menyebabkan kerajaan campuran ini akan jatuh dan ini menggambarkan situasi terdesak untuk mengekalkan jawatan Presiden Umno.

“Tujuannya ialah mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pelbagai ‘vehicle’ dalam kerajaan bagi membantu kemenangan pasukan Zahid.

“Mereka berusaha memberi gambaran seolah-olah pasukan yang menentang Zahid akan mewujudkan ketidakstabilan politik.

“Kumpulan yang membawa naratif ini adalah kategori pemimpin rent-seeker (bergantung hidup dengan menjadi tukang bawa projek). Mereka tidak peduli perjuangan dan masa depan Umno asalkan mereka ada untung,” kata beliau dalam catatanya pada Khamis.

Sedangkan realitinya, tegas beliau kerajaan ini tidak akan jatuh walaupun berlaku pertukaran kepimpinan Umno kerana kerajaan ini ada 148 kerusi.

“Sekiranya Barisan Nasional (BN) menarik diri secara en block pun, Perdana Menteri masih ada majoriti mudah 118 orang.

“Sudah tentu BN tidak mampu menarik diri secara en block kerana orang seperti Zahid, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Azalina akan kekal menyokong Anwar,” ujar Ab Jalil lagi.

Justeru tegas beliau, pemilihan Umno bukan acara mempertahan atau menjatuhkan kerajaan sebaliknya harus menjadi acara untuk memulihkan Umno yang ditolak ke dalam lubang oleh Presiden sekarang.

“Sama ada keperluan menarik sokongan atau tidak selepas pemilihan Umno bergantung kepada sejauh mana kerajaan ini menjaga kepentingan Melayu dan Islam.

“Jika mereka gagal, maka Umno tiada pilihan kecuali meninggalkan kerajaan,” katanya.

Pun begitu, katanya apa yang pasti ialah kepimpinan baharu Umno tidak akan menjadi seperti Zahid yang sekarang menjadi jurucakap dan juru kempen DAP dan PKR.

“Juga kepimpinan baru tidak akan bertanding satu pasukan dengan PKR dan DAP dalam PRU akan datang kecuali kita menjadi lead party,” tegasnya.

Terdahulu, Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos mendakwa desakan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan mempunyai agenda untuk menjatuhkan kerajaan.

Dakwa beliau memetik laporan Utusan Online, desakan tersebut dilakukan sekumpulan pemimpin dan ahli Parlimen dalam Umno itu sendiri.

Jelas Jamal lagi, gerakan tersebut didakwa dikhuatiri boleh mengganggu kestabilan politik dan mengulangi ‘tragedi’ pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) apabila tiga kali bertukar kerajaan dalam sepenggal.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kedudukan parti serta pentadbiran negara yang dilihat berada dalam ke­adaan stabil ketika ini tidak wajar diganggu dengan pemilihan parti yang dilihat boleh merosakkan kestabilan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat