MUDA sudah mula, ROS lulus 23 Disember 2021

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) telah dilulus pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 23 Disember 2021.

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagaimanapun memberitahu buat masa ini MUDA tidak fokus kepada politik sebaliknya berkhidmat kepada rakyat terutamanya mangsa-mangsa banjir.

Ahli Parlimen Muar itu juga memberitahu atas kesibukan mengurus bantuan banjir, beliau terlepas pandang emel yang dikirim ROS berhubung kelulusan parti itu.

“Mungkin kita terlepas pandang untuk baca emel semalam kerana sekarang di Pahang zig zagging dari satu lokasi ke lokasi lain
tapi Alhamdulillah akhirnya Parti MUDA telah pun didaftarkan secara rasmi dan kita telah pun terima emel oleh pihak ROS. Terima kasih.

“Kita tak boleh fokus kepada politik sekarang sebab kerana fokus kami untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, tapi kami gembira dengan berita baik ini

“Fokus kami untuk berkhidmat kepada semua rakyat Malaysia tidak kira agama dan bangsa untuk menjadikan Malaysia negara yang maju, bermaruah dan berintegriti,” ujar Syed Saddiq dalam rakaman video yang dimuat naik.

Sementara itu Setiausaha Agung MUDA, Amira Aisya Abd Aziz memberitahu MUDA memang ditubuhkan untuk berkhidmat.

“Sekarang kita dah mulakan kerja-kerja berkhidmat, secara total untuk misi banjir nasional kita dah kumpul RM1.7 juta.

“Kita dah gunakan hampir RM600,000 dan hanya kurang 2 peratus untuk kos-kos pengurusan selebihnya memang untuk rakyat.

“Kami percaya duit ini memang duit rakyat dan kami akan pulangkan kepada rakyat, kami hanya pengantara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat