Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor berisiko banjir pada 31 Disember, 1 Januari – JPS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor diramal berisiko dilanda banjir susulan amaran hujan berterusan waspada oleh Jabatan Meteorologi Malaysia semalam.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan pada Rabu meramalkan banjir akan berlaku di negeri-negeri berkenaan.

“Negeri Kelantan bermula 31 Disember 2021 jam 8.00 malam di Lembangan Sungai Kelantan melibatkan daerah Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Machang; Lembangan Sungai Golok melibatkan daerah Tanah Merah (Jenob) dan Pasir Mas (Rantau Panjang) serta kawasan kawasan sekitarnya yang berisiko banjir.

“Negeri Terengganu bermula 31 Disember 2021 jam 8.00 malam di Lembangan Sungai Best melibatkan daerah Besut; Lembangan Sungai Terengganu melibatkan Terengganu serta kawasan kawasan sekitarnya yang berisiko banjir

“Negeri Pahang bermula 1 Januari 2022 jam 8.00 pagi di Lembangan Sungai Pahang melibatkan daerah Maran, Temerloh dan Jerantut; Lembangan Sungai Kuantan melibatkan daerah Kuantan (Sg. Lembing); Lembangan Sungai Rompin melibatkan daerah Rompin serta kawasan kawasan sekitarnya yang berisiko banjir.

“Negeri Johor bermula 1 Januari 2022 jam 8.00 malam di Lembangan Sungai Mersing melibatkan daerah Mersing serta kawasan kawasan sekitarnya yang berisiko banjir,” kata JPS.

Penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa. Sila dapatkan maklumat dan amaran semasa melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my, facebook: PublicinfoBanjir dan twitter @JPS InfoBanjir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat