Alif kumpul RM50,000 dalam masa tiga jam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Meskipun tidak dapat turun padang membantu mangsa banjir, penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar bersyukur berjaya mengumpulkan kira-kira RM50,000 dalam tempoh tiga jam sahaja.

Alif, 31, berkata dia gembira ramai sudi menghulurkan sumbangan, sekali gus membuatkan pasukannya berjaya menyerahkan sumbangan dan bantuan kepada ramai mangsa banjir.

“Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama sepantas kilat menghulurkan bantuan buat mangsa banjir. Menerusi sumbangan diterima, kami membeli barangan keperluan asas.

“Saya terharu sumbangan yang diberikan peminat menerusi medium media sosial. Menerusi pengaruh saya sebagai selebriti, platform ini digunakan untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan.

“Buat masa ini, bantuan diberikan sekitar Lembah Klang kerana kekangan dari segi keselamatan dan sebagainya. Namun, jika diberikan kesempatan saya dan pasukan akan membantu ke kawasan lain yang terjejas teruk,” katanya kepada BH Online.

Antara kawasan banjir yang dihulurkan sumbangan termasuk sekitar Batu 14 dan Kampung Tengah di Puchong; Kampung Bukit Lanchung; Putra Heights dan Taman Sri Muda, Shah Alam.

Alif berkata, kutipan yang dilakukan bukanlah usahanya berseorangan, sebaliknya kerjasama antara rakan-rakannya, Pasta Panas, Nasgor Panas dan The Macs.

 

Selain ahli keluarga turut terkesan, Alif sebak membayangkan nasib bayi, kanak-kanak dan orang tua yang perlu menghadapi musibah banjir. - Foto IG Alif Satar
Selain ahli keluarga turut terkesan, Alif sebak membayangkan nasib bayi, kanak-kanak dan orang tua yang perlu menghadapi musibah banjir. – Foto IG Alif Satar

 

Bagaikan memahami kesulitan mangsa banjir di beberapa negeri terjejas, Alif turut menggunakan pengaruh sebagai selebriti mengajak orang ramai membantu meringankan beban mangsa.

Katanya, selain ahli keluarga yang turut terkesan, dia juga sebak membayangkan nasib bayi, kanak-kanak dan orang tua yang perlu menghadapi musibah itu.

“Keluarga yang tinggal di beberapa kawasan di luar ibu kota turut terjejas. Sukar untuk saya membayangkan bayi, kanak-kanak dan orang tua yang terpaksa berdepan ujian ini.

“Oleh itu, sumbangan yang berjaya dikutip diperuntukkan untuk barangan keperluan asas.

“Apa yang dapat kita bantu adalah dari segi keselesaan dan tempat berlindung. Kita letakkan diri di tempat mereka dan bantuan yang diberikan haruslah berpadanan,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat