Kerajaan disyor bagi rebat bil utiliti, pengecualian cukai pintu kepada mangsa banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bagi membantu meringankan beban mangsa banjir kerajaan dicadang mempertimbang rebat bil utiliti dan pengecualian cukai pintu kepada mereka yang terjejas.

Pengarah Komunikasi Wanita PKR, Loh Ker Chean berkata, sebanyak RM200 rebat bil air dan elektrik dicadang diberikan, RM500 bagi mereka yang memiliki lot atau rumah kedai kepada mangsa banjir dan RM1,500 kepada pemilik-pemilik kilang.

Selain itu, beliau mencadangkan supaya perkhidmatan jalur lebar percuma diberikan oleh pembekal perkhidmatan selama tiga bulan selain kerajaan negeri boleh mengecualikan cukai pintu premis selama enam bulan kepada mangsa banjir.

“Pengecualian dan rebat bil ini hanyalah bantuan kewangan yang kecil berbanding kerugian besar ratusan ribu dialami orang ramai, para pengusaha dan peniaga akibat kerugian daripada kemusnahan perabot dan kelengkapan kerana banjir.

“Oleh itu, agensi kerajaan dan sektor swasta digesa membantu meringankan tekanan kewangan yang dihadapi oleh mangsa banjir di seluruh negara sebagai satu bentuk khidmat negara pada masa-masa getir ini. Ibarat kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat