PKPD Di Pusat Koreksional Kamunting, Kuarters Kakitangan Mulai Esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Pusat Koreksional Kamunting (Kemta), Taiping, Perak dan kuarters kakitangannya mulai esok sehingga 12 Jan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika memaklumkan perkara itu berkata pelaksanaan PKPD itu bertujuan mengawal kluster sedia ada dan menghalang penularan COVID-19 kepada banduan lain, kakitangan, ahli keluarga serta komuniti di luar Kemta.

“Sehingga 24 Dis 2020, KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) telah melaksanakan sebanyak 1,490 saringan terhadap tahanan dan daripada jumlah itu, 50 didapati positif COVID-19,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, memperincikan mengenai hasil operasi task force pematuhan semalam, Ismail Sabri berkata seramai 142 individu ditahan dan kesemuanya dikenakan kompaun kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Op Benteng pula, seramai 16 lagi imigran berjaya ditahan serta tiga kenderaan darat dirampas.

“Sejak 24 Julai sehingga 28 Dis, seramai 93,728 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua telah ditempatkan di 75 hotel dan 17 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara untuk kuarantin wajib,” katanya.

Ismail Sabri berkata daripada jumlah itu, 540 individu dihantar ke hospital untuk rawatan. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat