Warisan Gesa Tukar Ketua Pembangkang, Tak Puas Hati Kepimpinan Anwar

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Kekalkan Tarikh Pemilihan Parti, Tawarkan Kepada Rakyat Pimpinan Baharu – KP UMNO Pagoh

KUALA LUMPUR: Pimpinan pusat UMNO digesa untuk terus mengekalkan pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung antara bulan Mei hingga Jun tahun ini. Ketua Pemuda UMNO...

Hanya Calon Peperiksaan Utama 2020 Ke Sekolah 20 Jan Ini

PUTRAJAYA - Sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020. Kementerian Pendidikan...

Rasuah Dalam Kalangan Penjawat Awam Cemar Nama Institusi Kerajaan

KUALA LUMPUR - Bak peribahasa 'seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit', itulah ibarat bagaimana budaya rasuah dan salah laku segelintir penjawat awam, mencemarkan...

Pengalaman Dua Generasi Berbeza Tempuhi Banjir Di Sarawak

KUCHING - Menghadapi banjir dalam tahun-tahun 1960-an, 70-an, mahupun 80-an di Sarawak, jika dilihat dari segi kemudahan disediakan, pusat pemindahan sementara, susun atur, bantuan...

KUALA LUMPUR – Tiba masanya blok pembangkang di Dewan Rakyat mencari individu baharu bagi mengetuai blok tersebut untuk menjadi lebih kuat.

Ketua Whip Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Rozman Isli berkata wujud ketidakpuasan hati dalam kalangan anggotanya terhadap kepimpinan dan hala tuju blok pembangkang yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita rasa tidak puas hati dan merasakan telah tiba masanya untuk kita bagi isyarat yang mana kita rasakan kepimpinan blok pembangkang ini perlu dilihat semula.

“Kita perlu seorang pemimpin yang boleh membawa kita menjadi satu pasukan yang lebih kuat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Labuan berkata, telah banyak peluang diberikan kepada Presiden PKR itu, namun hala tuju Anwar masih tidak jelas.

Beliau yang enggan menamakan individu untuk menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang, menyifatkan ramai muka baru dan muda layak menduduki kerusi itu.

“Saya tidak ada nama (pengganti). Cuma bagi saya, ramai (yang boleh menggantikan Anwar).

“Apa yang penting sekarang adalah untuk pemimpin kita yang ada sekarang kena muhasabah dan boleh menilai sesiapa (pengganti).

“Ramai pemimpin-pemimpin muda… dalam PKR pun banyak yang mempunyai kebolehan. Saya yakin kita akan jadi lebih kuat,” ujarnya.

Timbul persoalan sebelum ini berkait keyakinan Warisan terhadap kepimpinan Anwar apabila tidak ada seorang anggota mereka hadir pada sesi pengundian belah bahagian melibatkan dua kementerian pada peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 pada Isnin.

Selain Rozman, Ahli Parlimen Warisan yang tidak hadir hari ini ialah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Semporna), Datuk Darell Leiking (Penampang), Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud), Datuk Mohd Azis Jamman (Sepanggar), Ma’mun Sulaiman (Kalabakan), Ahmad Hassan (Papar) dan Datuk Mohamaddin Ketapi (Lahad Datu).

Astro AWANI cuba mendapatkan maklum balas dari Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung perkara ini. – Awani

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan

Kekalkan Tarikh Pemilihan Parti, Tawarkan Kepada Rakyat Pimpinan Baharu – KP UMNO Pagoh

KUALA LUMPUR: Pimpinan pusat UMNO digesa untuk terus mengekalkan pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung antara bulan Mei hingga Jun tahun ini. Ketua Pemuda UMNO...

Pembukaan Sekolah Di Seluruh Negara Pada 20 Januari Ditangguhkan – KPM

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan...

Naib Presiden PAS Positif Jangkitan Covid-19

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada ahli Pas dari Kelantan. Memetik laporan dari Malaysiakini,...