Anwar terbuka kerjasama semula dengan Dr Mahathir

- Advertisement -

SHAH ALAM – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi lampu hijau untuk gabungan itu mengundang sesiapa saja untuk bekerjasama.

Bahkan katanya, termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad asalkan berpegang pada prinsip gabungan itu.

Memetik laporan Malaysiakini, Anwar yang juga Presiden PKR berkata, pihak yang diundang tidak boleh membawa agenda peribadi serta kerosakan.

“Itu saya serah pada PH. Siapa pun boleh undang, tapi patuh pada prinsipnya.

“Bukan bawa agenda peribadi dan meneruskan kebobrokan yang lama,” katanya selepas majlis peluncuran buku “100 Esei Seni & Sastera Era Reformasi 2008-2011”, di Shah Alam, hari ini.

Portal itu melaporkan, Anwar ketika ditanya mengenai keinginan Dr Mahathir untuk kembali menerajui negara.

Beliau berkata, soalan berkenaan sudah tidak relevan dan menyifatkan siapa saja yang ingin menjadi perdana menteri harus mempunyai tekad untuk melaksanakan reformasi dan tadbir urus yang baik.

“Bagi saya soalan itu tidak relevan…tidak peduli siapa pun, dari parti mana, mesti ada komitmen untuk memerangi rasuah dan tidak melindungi keluarga dan kroni.

“Komited untuk memperjuangkan dan membantu penderitaan orang miskin di luar bandar, masyarakat terpinggir,” katanya.

Pada 26 Disember lalu, Presiden Amanah Mohamad Sabu pada ucapan dasarnya di Konvensyen Amanah menyentuh mengenai cadangan gabungan besar antara parti pembangkang untuk menghadapi PRU ke-15.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin pula berpendapat untuk merealisasikan perkara itu, perjanjian asal menyokong Anwar untuk memimpin negara seperti yang dijanjikan selepas PH memenangi PRU ke-14 perlu dikotakan.

“Kembali kepada perjanjian asal! Mandat rakyat sewaktu PRU ke-14 jelas. Menyokong DSAI (Anwar) untuk memimpin negara selepas Dr Mahathir.

“Justeru, saya percaya Amanah boleh meyakinkan Mahathir untuk mendukung segala usaha DSAI mengembalikan semula mandat rakyat dan terus memimpin pakatan pembangkang pada waktu ini,” kata Shamsul

Manakala, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) terbuka dengan sebarang cadangan tetapi enggan menyokong sekiranya kerjasama tersebut melibatkan golongan kleptokrat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat