Sembilan kerusi awal milik GRS, Hajiji kekal di Sulaman

KOTA KINABALU — Dalam perkembangan awal keputusan tidak rasmi PRN Sabah, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendahului apabila berjaya meraih sembilan kerusi setakat pukul 7 malam.

Ketua Menteri sementara, Hajiji Noor, berjaya mempertahankan kerusi DUN Sulaman, manakala Setiausaha Agung GRS, Masidi Manjun, turut mengekalkan penguasaan di Karanaan.

Beberapa kerusi lain yang dilaporkan memihak kepada GRS termasuk Pintasan, Membakut, Kemabong, Apas, Kuamut, Banggi dan Sungai Manila.

Sementara itu, Warisan pula meraih momentum awal dengan kemenangan tidak rasmi di Elopura, Tanjung Papat, Bugaya, Sri Tanjong, Luyang dan Tanjung Aru.

Barisan Nasional (BN) juga mencatat tiga kemenangan awal melalui penyandang Bung Moktar Radin di Lamag, Salleh Said Keruak di Usukan, serta Mohd Zharif Aizat Samsudin di Sekong.

Secara keseluruhannya, parti atau gabungan memerlukan 37 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat