SANDAKAN, – Calon muda Barisan Nasional (BN), Mohd Zharif Aizat Samsudin, 30, dilaporkan berjaya merampas kembali kerusi DUN Sekong daripada Parti Warisan dalam keputusan tidak rasmi yang diperoleh malam ini.
Menurut maklumat, Zharif Aizat dilaporkan mendahului dengan selesa berbanding lima calon lain yang turut bertanding, termasuk penyandang daripada Warisan, Alias Sani, selain calon daripada GRS-USNO, PN dan PIS.



