Stok bekalan barang keperluan asas bagi negeri banjir dijamin cukup – KPDN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan stok bekalan barangan keperluan asas bagi negeri yang dilanda banjir adalah mencukupi.

Timbalan Menteri KPDN Dr Fuziah Salleh berkata, KPDN telah mengeluarkan lesen khas kepada pemborong untuk menambah stok bekalan keperluan hingga 30 peratus sebagai persediaan sekirannya banjir berlaku hingga menyebabkan kemasukan bekalan terputus.

“Kita telah membuat persediaan sekurang-kurangnya dua bulan lepas dan seperti sekarang kita tahu Kelantan seolah-olah terkepung kerana banjir dan sukar untuk bekalan masuk.

“Tapi tidak perlu bimbang kerana mereka di sana (pemborong) sudah bersedia dengan stok yang kita percaya mencukupi.

“Jadi tidak akan timbul isu bekalan dari Kuala Lumpur untuk sampai negeri-negeri yang mengalami banjir atau dijangka mengalaminya terputus kerana bekalan sudah siap sedia berada dalam kawasan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan gudang baharu penyimpanan tong komposit gas petroleum cecair (LPG) ACGas Cawangan Melaka di Kawasan Perindustrian Tasik Utama Ayer Keroh di Melaka, lapor Bernama pada Jumaat.

Media melaporkan keadaan banjir semakin memburuk dengan mangsa terkini mencecah 73,390 orang daripada 22,669 keluarga di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor setakat pagi ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat