Semua Menteri, TImbalan Menteri diarah bantu urus banjir, cuti beku – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Cuti semua anggota Jemaah Menteri dibekukan susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata semua menteri dan timbalan menteri juga diarahkan turun padang ke kawasan bencana.

“Semua menteri diminta teruskan tugas sekarang, turun (ke lapangan).

“Ya (cuti dibekukan),” katanya ketika ditanya sama ada cuti semua anggota Jemaah Menteri dibekukan berikutan bencana banjir.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunai solat Jumaat di Surau Pudina, Presint 17, lapor BH di Putrajaya.

Terdahulu, Perdana Menteri meluangkan masa menyertai lebih 500 jemaah menunaikan solat Jumaat di surau itu.

Perdana Menteri tiba kira-kira jam 1 tengah hari disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Setakat pagi tadi, hujan berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir di beberapa negeri meningkat mendadak dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu seramai 59,232 orang sudah dipindahkan ke 221 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 50,947 orang di 207 PPS malam tadi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat