KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) merangka persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang mungkin akan diadakan pada bila-bila masa.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Kadir memaklumkan Dewan Tertinggi BN telah mengadakan mesyuarat dan mencapai beberapa ketetapan penting.
“Antaranya persiapan Pilihan Raya DUN Sabah ke17. Mesyuarat membincangkan persiapan menghadapi PRN Sabah yang boleh diadakan pada bila- bila masa sebelum Oktober 2025.
“BN akan sentiasa memantau perkembangan semasa politik Sabah dalam memastikan gerak kerja dan perancangan menghadapi PRN berkenaan akan dapat mengukuhkan kedudukan parti di negeri berkenaan,” kata Zambry dalam kenyataan media pada Jumaat.
Selain itu, sambutan 50 Tahun BN akan yang akan berlangsung 7 Disember 2024.
“BN menganjurkan sambutan ulang tahun ke-50 pada 7 Disember (Sabtu) di Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.
“Pelbagai acara telah dirancang, dan kira- kira 5,000 pemimpin akar umbi BN dari seluruh negara dijangka hadir,” ujar beliau.