Projek Stesen Minyak Beri Keuntungan Besar Buat Anggota Dan Koperasi

- Advertisement -

KUANTAN : Koperasi Serbaguna FELDA Bukit Goh Berhad bakal menambah aset
dan sumber pendapatan kepada koperasi dan anggota-anggotanya menerusi
pembukaan Stesen Minyak di KOTASAS, Kuantan, Pahang dan projek jangka masa
panjang itu dianggarkan dapat memperoleh hasil jualan sehingga RM18 juta
setahun.

Projek dijangka berjalan hujung tahun itu dijangka beroperasi selewat-lewatnya pada
suku tahun kedua 2022 dengan anggaran jualan bulanan mencecah RM1,326,572
berdasarkan lokasinya yang strategik.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar,
berkata, Koperasi Serbaguna FELDA Bukit Goh Berhad sudah memiliki sebuah
stesen minyak jenama Petron di FELDA Bukit Goh.

Katanya, projek stesen minyak kedua itu bermula apabila pihak KOTASAS memberi
peluang kepada pihak yang berminat untuk membeli tanah lot milik Pengurusan
KOTASAS di Kuatan, Pahang.

“Koperasi ini bijak mengambil peluang yang ada dan membeli satu lot tanah dengan
membangunkan tanah tersebut bagi mendirikan stesen minyak berjenama Shell.

“Stesen minyak tunggal di kawasan KOTASAS dapat menyediakan keperluan
pengguna sekitar kawasan ini termasuk penggunaan petrol, diesel, kedai serbaneka
Select dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Tapak Stesen Minyak milik
Koperasi Serbaguna Felda Bukit Goh, Pahang, yang disempurnakan oleh
Setiausaha Politik beliau Datuk Kamaruzzaman Johari.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Timbalan Menteri Kewangan 1 merangkap Ahli
Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah serta Pengerusi Koperasi Serbaguna
Felda Bukit Goh, Mat Zahari Derahman.

Selain itu, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Ibu Pejabat dan juga SKM
Cawangan Negeri Pahang serta koperasi berkenaan selaku penganjur majlis
berkenaan.

Terdahulu, Noh berkata, data bagi pergerakan koperasi di Pahang sehingga 30 Jun
2021 merekodkan sebanyak 191 koperasi di seluruh negeri Pahang, dengan
keanggotaan seramai 303,535 orang.

Katanya, jumlah modal syer atau yuran berjumlah RM328 juta dan jumlah aset
bernilai RM1.6 billion serta pendapatan (turnover) berjumlah RM415 juta.

“Perkara ini ketara menunjukkan dalam menempuh cabaran ekonomi sekarang,
koperasi dilihat mampu bertahan dan meneruskan aktiviti seperti sedia ada
walaupun terkesan dengan penularan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh
dunia.

“Dibawah pimpinan seramai 12 anggota Lembaga dan disokong anggota seramai
734 anggota, koperasi negeri ini menjana pendapatan sebanyak RM9,647,795
antara Januari 2021 hingga Ogos 2021 malahan boleh mempelbagaikan aktiviti bagi
menjana keuntungan dan dinikmati anggota dalam pelbagai bentuk sumbangan.

“Koperasi dilihat dapat bertapak dengan kukuh dan mampu bergerak jauh seiring
dengan koperasi berjaya yang lain,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat