Tubuhkan jawatankuasa bebas perinci tuntutan royalti petroleum Kelantan, cadang Tuan Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS mencadangkan supaya Putrajaya menubuhkan satu jawatankuasa bebas berhubung tuntutan royalti petroleum Kelantan,” kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) berkata jawatankusa bebas itu disyorkan untuk mengesahkan beberapa perkara berkenaan tuntutan royalti negeri itu.

Pun begitu kata Tuan Ibrahim memberitahu, jawatankuasa bebas itu juga perlu dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

“Malah, kita juga akan membincangkan isu itu dengan beberapa pihak terutamanya Kementerian Kewangan berhubung status terkini tentang royalti petroleum berikutan dilihat tidak ada kesamaan di antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri berhubung isu royalti minyak.

“Dan mungkin satu jawatankuasa bebas yang dipersetujui oleh Kerajaan Negeri dan Pusat untuk kita mengesahkan beberapa perkara seperti jarak 3 batu nautika dan masing-masing ada fakta-fakta. Selain itu, jumlah pengeluaran (minyak) juga perlu ditentukan,” katanya memetik Harakah di Kelantan pada Ahad.

Mengulas lanjut beliau berkata, mengenai soal batu nautika dahulu tidak ada dalam perjanjian dan ini juga akan dilihat dan dibincangkan.

“Saya fikir pasti akan ada jalan penyelesaian lebih mudah memandangkan kita juga bersama dengan Kerajaan Persekutuan dan perkara ini akan dapat selesai,” katanya.

TerdahuluMenteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul berkata, Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan.

Menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada 24 November lalu beliau berkata, ia disebabkan kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri Kelantan.

Malah, pada Sabtu Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob turut memohon penjelasan lanjut daripada Kerajaan Persekutuan berhubung kenyataan Tengku Zafrul mengenai pembayaran royalti petroleum.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat