1,497 doktor kontrak letak jawatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Seramai 1,497 pegawai perubatan lantikan kontrak meletakkan jawatan sejak 2017 hingga Jun tahun ini, atas pelbagai alasan.

Timbalan Menteri Kestuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata jumlah itu membabitkan 110 orang pada 2017, 168 orang (2018), 475 orang (2019), 511 orang (2020) dan 514 orang (dari Januari hingga 26 November 2021).

“Dalam hal penentuan peletakan jawatan ini, keputusan hak yang diputuskan sendiri pegawai atas sebab tertentu.

“Alasan peletakan jawatan yang dinyatakan termasuk menyambung perkhidmatan dalam sektor swasta, atas sebab peribadi, berkhidmat di badan berkanun, melanjutkan pelajaran, masalah kesihatan, berkhidmat di luar negara dan membuka klinik sendiri,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (AMANAH-Kuala Selangor) yang bertanya mengenai statistik bilangan pegawai perubatan siswazah yang meletakkan jawatan mengikut tahun dan punca peletakan jawatan itu.

Dr Noor Azmi berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) amat prihatin dengan nasib dan masa depan pegawai perubatan lantikan kontrak.

“Kita wujudkan jawatankuasa khas untuk meneliti perkara berkaitan doktor muda ini.

“Menteri (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) mengambil pendekatan serius mengenai bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini dan akan meneruskan usaha supaya doktor kita dapat meneruskan tugas dengan sebaik-baiknya,” katanya memetik BH.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat