Bas VTL Malaysia- Singapura operasi hari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan bas yang membawa pengembara Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat melalui Tambak Johor mula beroperasi hari ini tepat jam 7.30 pagi ini.

Memetik Bernama yang melakukan tinjauan di Terminal Bas dan Pengangkutan Awam Larkin Sentral sejak 6.30 pagi tadi mendapati suasana terminal sedikit sunyi memandangkan tidak ramai warga Singapura, pemegang permit kerja jangka panjang atau penduduk tetap Singapura, yang menggunakan perkhidmatan bas untuk trip pertama.

Bas pertama Causeway Link yang berlepas dari terminal itu ke Queen Street, Singapura tepat 7.30 pagi tadi, cuma membawa hanya lima orang.

Bagaimanapun bas pertama dari Queen Street yang membawa warga tempatan khususnya, tiba jam 9.15 pagi ini dengan kapasiti penuh seramai 45 orang memandangkan tiket bas habis dijual tidak sampai setengah jam selepas ia dibuka empat hari lalu.

Untuk permulaan, VTL darat membabitkan seramai 1,440 orang (satu hala) dengan 64 trip sehari, menggunakan perkhidmatan bas Handal Indah (Causeway Link) (Malaysia) dan Transtar (Singapura).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong dijadualkan melancarkan VTL darat di Woodlands, hari ini.

Turut dijangka hadir Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Selain itu Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Azfar Mohamad Mustafar juga dijangka akan turut serta di majlis pelancaran itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat