Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit meningkat sedikit berbanding dolar AS ketika dibuka untuk urus niaga pagi ini, dengan dolar AS menyusut ekoran kebimbangan kemunculan varian baharu koronavirus selain kemungkinan kawalan pergerakan dilaksanakan di beberapa negara.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.2350/2395 berbanding dolar AS daripada 4.2370/2400 pada Jumaat minggu lepas.

Ketua ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun terdapatnya kerisauan dalam kalangan pelabur mengenai kemunculan varian baharu, penjualan ringgit boleh dilihat sebagai agak berlebihan.

“Ini berlaku ekoran perbincangan tentang kemungkinan berlaku kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) di samping kebimbangan inflasi yang telah menjejaskan mata wang pasaran pesat membangun.

“Justeru, peluang membeli mata wang ringgit masih ada memandangkan Rizab Persekutuan cenderung untuk berhenti seketika atau mungkin mengubah naratif mereka kerana kemunculan varian membimbangkan (VOC), Omicron,” katanya kepada Bernama.

Beliau menambah dengan paras rintangan serta-merta pada RM4.245, ia memerlukan lebih banyak berita negatif untuk menembusi paras itu, ringgit, bagaimanapun dijangka kekal lemah sekitar RM4.23 setiap dolar AS.

Hong Leong Bank Bhd dalam nota penyelidikannya pula berkata dolar AS meningkat lebih tinggi untuk sesi kesembilan berturut-turut berbanding ringgit pada Jumaat, mencecah paras tertinggi harian pada 4.2485 sebelum mengecilkan beberapa kenaikan kepada 4.2385 menjelang penutupan.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Ringgit lega berbanding pound Britain kepada 5.6444/6504 daripada 5.6403/6443 pada penutup Jumaat dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0910/0948 daripada 3.0893/0920.

Unit tempatan turut susut berbanding yen Jepun kepada 3.7231/7274 daripada 3.7131/7160 pada Jumaat dan jatuh berbanding euro kepada 4.7809/7860 daripada 4.7713/7747 sebelumnya.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat