Ranhill ketuai konsortium bina projek bekalan air bersih di Jakarta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebuah konsortium diketuai Ranhill Utilities Berhad dan syarikat milik kerajaan Indonesia, PT PP Infrastructure dan firma Indonesia, Varsha Zamindo Lestari bakal melaksanakan projek pembekalan sistem air minuman di Jakarta.

Projek yang dikenali sebagai Projek Sistem Pembekalan Air Ir. H. Djuanda/Jatilugur II itu diumumkan pada Forum Pelaburan Indonesia di Ekspo Dubai 2020 pada 15 dan 16 November lalu oleh Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Indonesia (Kemen PUPR).

Projek usaha sama swasta-awam (PPP) ini akan dibangunkan secara bersepadu di mana ia merupakan pendekatan baharu kepada amalan pembekalan air PPP di republik tersebut.

Projek tersebut dijangka memiliki kapasiti pengeluaran sebanyak 7,000 liter se saat atau 605 juta liter sehari yang bakal memberi manfaat kepada pengendali air tempatan di kota raya Jakarta dan tiga wilayah di Provinsi Jawa Barat.

Kajian terhadap projek PPP Ir. H Djuanda kini sedang disediakan oleh Konsortium yang diketuai Ranhil dan dijangka siap untuk perolehan menjelang akhir tahun ini.

Menerusi projek PPP ini, kerajaan Indonesia menyasarkan untuk menyediakan akses air bersih kepada 3.9 juta penduduk di Jakarta menerusi lebih 500,000 saluran.

Projek Ir. H. Djuanda’s Project ini adalah sebahagian daripada perancangan Kerajaan untuk menyediakan tambahan 10 juta sambungan air minuman termasuk di bawah Perancangan Pembangunan Tempoh Pertengahan Nasional 2020 – 2024.

Ini akan menambah baik akses kepada air minuman selain mengurangkan ekstrasi air bawah tanah di Jakarta, yang berlaku disebabkan kekurangan sistem air minuman berpaip.

Projek perkongsian swasta-awam Ir. H. Djuanda ini dibangunkan menerusi skop bersepadu (pembinaan daripada huluan kepada sambungan pelanggan) yang merupakan pendekatan baharu di dalam pembekalan air di bawah amalan PPP di Indonesia.

Skop bersepadu ini merangkumi kaedah Bina-Kendali-Pindah (BOT), Bina-Pajak-Pindah (BLT) dan Prestasi Berdasarkan Kontrak (PBC) selama 30 tahun dengan pulangan pelaburan diperoleh daripada caj kepada pengguna. – DagangNews.com

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat