TPM: UMNO Tak Kemaruk Tapi Tengok Komposisi Parlimen – Shahril Hamdan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menjelaskan rasional jawatan Timbalan Perdana Menteri dilantik daripada parti itu.

Beliau menyatakan asas kukuh melayakkan jawatan itu diisi oleh wakil UMNO iaitu komposisi Parlimen.

“Adakah UMNO berhak dapat jawatan TPM dan bincang isu tersebut pada ketika yang sesuai?

“Ya”. Kenapa? Tengok komposisi Parlimen”,tegasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Tanpa ragu-ragu Shahril turut menyatakan bahawa UMNO tidak terdesak merayu jawatan Timbalan Perdana Menteri, sebaliknya memang layak berdasarkan komposisi Parlimen.

“Adakah UMNO “desperate” hingga hendak mendesak-desak merayu-rayu jawatan TPM?

“Tidak”. Kenapa? Tengok komposisi Parlimen”, ujarnya.

Tambah beliau sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) menawarkan jawatan tersebut, sudah tentu UMNO menerimanya dengan hati terbuka.

“Kenapa tidak”? Mudah dan moga dipermudahkan,” kata Shahril.

Beliau membangkitkan isu ini selepas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, UMNO bakal membangkitkan semula kedudukan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebaik sahaja perbahasan pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat selesai.

Kerana menurut Ismail Sabri, ketika ini tiada pemimpin UMNO diberikan jawatan tertinggi dalam Kabinet kecuali satu daripada empat jawatan menteri kanan yang disandang beliau.

Bagaimanapun, gesaan beliau disanggah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang meminta pemimpin dan ahli UMNO tidak mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mewujudkan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan memberikan kuota kepada parti itu.

Menurut Zahid, kuasa pelantikan timbalan perdana menteri, menteri dan timbalan menteri terletak sepenuhnya kepada budi bicara Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat