Idea Asal Tubuh PN Datang Daripada Mahathir, Kata Azmin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, rancangan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebenarnya datang dari idea bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menjelaskan tujuan asal penubuhan tersebut adalah untuk menjadikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri yang mendapat sokong semua Ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak.

“PN bukan kerajaan pintu belakang kerana terdapat kekosongan jawatan (selepas Dr Mahathir meletakkan jawatan PM).

“Saya tidak mencadangkan pada masa itu. Jika kejadian (Dr Mahathir letak jawatan PM) tidak berlaku, di mana kami ketuk pintu untuk masuk ke dalam dan keluarkan dia.

“Itu bukan dalam rancangannya. Ia menamakan dengan satu nama untuk perdana menteri – Dr Mahathir.

“Kami berusaha sehabis mungkin untuk memastikan Mahathir dapat meneruskan sebagai Perdana Menteri,” kata Azmin, dalam wawancara khas, dipetik portal The Star dan Malaysiakini.

Azmin turut menjelaskan, sebelum Dr Mahathir meletakkan jawatan PM secara mengejut pada 23 Februai lalu yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh, sejumlah 131 akuan bersumpah (SD) Ahli  Parlimen telah diberikan kepada Istana Negara.

“Itu adalah hasil mesyuarat yang kita buat di rumahnya (Dr Mahathir) pada 23 Feb pukul 4 petang di mana dia berjumpa dengan enam ketua parti politik, termasuk Presiden Bersatu (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, Presiden UMNO (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Parti Warisan Sabah (Datuk Seri) Mohd Shafie Apdal, Presiden PAS (datuk Seri) Abdul Hadi Awang, Ketua Gabungan Parti Sarawak (GPS) (Datuk Patinggi) Abang Johari Openg dan saya,” kata Azmin.

Azmin yang juga Ketua Penerangan PN berkata, selepas peletakan jawatan oleh Dr Mahathir, rancangan tersebut terpaksa diubah suai.

“Kami dihurung krisis politik ketika Mahathir letak jawatan.

“Jika Muhyiddin tidak bertindak, seseorang mungkin akan ke Istana Negara dan memohon untuk jadi perdana menteri. Saya tidak akan biarkan hal itu berlaku.

“Pilihan yang ada untuk saya dan Muhyiddin adalah untuk tinggalkan PH,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Jawatankuasa Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Sallehuddin Amiruddin menafikan dakwaan penubuhan PN hasil idea Dr Mahathir.

“Saya berada di Hotel Sheraton dan dimaklumkan bahawa SD (akuan bersumpah) yang dikumpul tanpa pengetahuan Tun Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz.

“(Saya diberitahu bahawa) mereka akan tubuhkan kerajaan baru bernama Perikatan Nasional. Dua calon Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yasin,” katanya, dipetik dari laporan Malaysiakini.

Pemimpin parti Pejuang, serpihan kepada Bersatu itu juga menegaskan, Dr Mahathir telah menolak jawatan PM dalam kerajaan PN kerana ia bermakna beliau perlu bekerjasama dengan UMNO.

“Dangkal dan tak masuk akal Azmin kata idea tubuh PN untuk Tun Mahathir jadi PM. (Walhal) yang bercita-cita besar untuk jadi PM adalah Azmin.

“Ini terbukti apabila krisis MB Selangor 2014, dia sendiri menghantar namanya sebagai calon MB Selangor melalui pintu belakang.

“Sekali lagi terbukti dia juga menghantar namanya sebagai MB Selangor sejurus PH diisytihar menang di Selangor tanpa berunding dengan komponen PH negeri,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat