Belanjawan 2021 Harapan Rakyat, Jangan Ada Yang Tercicir – Ahmad Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2021 menjadi harapan semua rakyat bagi mendepani pemulihan ekonomi pasca Covid-19,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Presiden UMNO menegaskan, rakyat mahu merasai bahawa mereka bukan sekadar diberikan ikan tetapi turut diberikan kail.

“Kail inilah yang diharapkan oleh kumpulan B40 atau M40 tanpa melupakan kumpulan T20 yang turut menyumbang sebagai salah satu pemangkin ekonomi negara. Kumpulan M40 turut ramai terkesan, mungkin sebahagian dari mereka kini berada dalam kumpulan B40.

“Malah kumpulan Industri PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) yang merupakan 38.9 peratus penyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) amat terkesan dan kumpulan ini wajib diberi keprihatinan khusus,” katanya dalam perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata lagi, kumpulan yang hilang pekerjaan bertambah setiap hari, malah jumlah pengangguran ketara dan tidak ketara tidak boleh dikesampingkan.

“Rakyat sengsara kerana ramai mengalami ‘no food on the table’ dan ‘no money in the pocket’ malah turut kehilangan tempat berteduh,” ujar Ahmad Zahid.

Sehubungan itu beliau mencadangkan agar Belanjawan 2021 melihat semua kumpulan agar tidak ada kumpulan rakyat yang terpinggir dan berkecil hati.

“Ini termasuklah kumpulan profesional dan teknikal yang kehilangan pekerjaan atau terpaksa beralih ke bidang yang luar bidang profesion dan kemahiran mereka demi kelangsungan hidup berkeluarga.

“Lihatlah juga doktor-doktor persendirian yang terpaksa klinik-klinik persendirian mereka ditutup. Kumpulan GP Doctors (General Practitioners) ini wajib dibantu dengan mewujudkan skim rangsangan ekonomi yang dapat membantu mereka. Mereka kekurangan dan kehilangan pesakit.

“Bagaimana pula dengan pengusaha-pengusaha bas persiaran, bas sekolah, bas ekspress dan bas kilang yang rata-rata turut terjejas dan menerima tekanan untuk terus melakukan pembayaran bulanan dari syarikat kredit dan leasing, syarikat-syarikat sewa beli yang tidak tertakluk kepada memberi moratorium,” katanya.

Susulan itu, Ahmad Zahid melahirkan rasa simpati kepada pengusaha bas sekolah yang kini tanpa murid dan pelajar ke sekolah selain pengusaha bas persiaran yang selama ini menjadi penyumbang dalam industri pelancongan.

“Mereka turut sengsara akibat kemuraman sektor pelancongan terus membayar sewa beli bulanan di samping tekanan syarikat insurans yang mengenakan premium insurans yang tinggi.

“Begitu juga rumah Program Perumahan Rakyat (PPR), rumah murah, rumah mampu milik yang tidak diberikan moratorium kerana mereka merupakan rakyat marhaen yang perlu diberi pembelaan oleh kerajaan.

“Sila ambil peduli terhadap peminjam kenderaan persendirian, kereta terpakai tanpa moratorium selain yuran pelajar-pelajar universiti wajib dikurangkan kerana sejumlah 1.1 juta pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terjejas dan belia-belia dan lepasan sekolah yang penganggur tidak ketara mesti turut diberi kepedulian.

Ekoran situasi tersebut beliau merayu kepada institusi kewangan dan syarikat-syarikat kewangan berlesen agar bersimpati dengan peminjam-peminjam yang hilang pekerjaan dan kekurangan pendapatan kerana yang berlaku ‘delayed earning and reduce the profit’.

Sebelum itu, Zahid mengucapkan syabas kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang telah membentangkan suatu belanjawan yang baik dengan segera memahami keperluan politik dan kesengsaraan rakyat.

“Demi menjunjung titah nasihat Yang di-Pertuan Agong, saya melontarkan pandangan terhadap Belanjawan 2021 dengan hasrat untuk mencadangkan penambahbaikkan dan saranan-saranan untuk turut melibatkan kumpulan-kumpulan yang tidak mendapat faedah terus melalui Bajet 2021,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat