CYBERJAYA – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mencalonkan pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Memetik laporan Malaysiakini, parti Pejuang dalam kenyataannya berkata pencalonan Dr Mahathir sebagai PM kali ketiga itu adalah untuk menyelamatkan negara.
“Kami ahli jawatan kuasa penaja parti Pejuang telah pun memutuskan dengan sebulat suara bahawa Tun M sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan perdana menteri yang ada sementara menunggu PRU15 jika negara mahu diselamatkan,” kata Abu Bakar Yahya, Setiausaha Politik kepada Dr Mahathir.
Menurutnya lagi, keputusan pencalonan tersebut turut mendapat persetujuan anak Dr Mahathir iaitu Datuk Seri Mukhriz yang juga adalah Presiden parti Pejuang.
Terdahulu, lima Ahli Parlimen Pejuang termasuk Dr Mahathir telah mengemukakan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin. – SuaraTV
- Dia Berkempen Nak Jadi PM9, Tapi Dituduhnya Saya Mahu Jadi PM – Najib
- Mahathir Umum Henti Kerjasama Dengan Anwar dan PKR, Cari Jalan lain Jadi PM
- Mahathir Kecewa Warisan Kalah, Tetap Namakan Shafie Apdal Calon PM
- Anwar Calon Terbaik Jadi PM, Kesal Tindakan DAP & Amanah Sokong Mahathir – PKR
- DAP, Amanah Cadang Saya Jadi PM, Sekarang Mereka U-Turn – Shafie Apdal
- Mujahid Yakin Anwar Ada Majoriti, Akan Jadi PM Kerajaan PH 13 Oktober Ini
- Surat Zahid, Najib Sokong Anwar Adalah Palsu