Azmin Kata Anwar Pembohong Tegar Dan Psikopat Politik

- Advertisement -

Kota Kinabalu- Datuk Seri Mohammed Azmin Ali menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “pembohong tegar dan psikopat politik”.

Meskipun tidak menamakan mana-mana pihak, Azmin yang juga Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri memuat naik status di Twitter beberapa jam selepas Anwar mengumumkan perkara itu di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.

Selain Azmin beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) menafikan kerajaan mereka tumbang selepas Anwar mengumumkan mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairry Jamaluddin berkata ketika pengumuman tengah hari tadi PN baru sahaja selesai mesyuarat jemaah menteri dan pentadbiran berjalan seperti biasa

“Baru selesai mesyuarat jemaah menteri. Tidak ada apa-apa yang tumbang atau jatuh,” catat Khairy di Twitter.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula mencadangkan agar pilihan raya diadakan semula selepas beberapa kali bertukar kerajaan.

“Anwar dakwa sudah cukup majoriti ahli parlimen untuk mengubah kerajaan kononnya kerajaan yang bakal terbentuk lebih stabil. Betulkah?

“Apa jaminan jika benar ada yang lompat, tidak lompat balik? Jika asyik bertukar begini lebih baik serah mandat kembali kepada rakyat,” tulisnya di Twitter.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat