PUO serah inovasi pembuka penutup tangki bahan api kepada Hospital Taiping

Oleh Zihan Zari

TAIPING – Politeknik Ungku Omar (PUO) melakar sejarah dalam dunia inovasi apabila berjaya mencipta Alat Pembuka Penutup Tangki Bahan Api untuk individu yang mempunyai kekuatan genggaman tangan terhad (Fuel Cap Opener for People with Limited Hand Grip).

Produk inovasi itu bagi membantu individu yang mempunyai kekuatan genggaman tangan terhad membuka penutup tangki bahan api kenderaan telah diserahkan kepada Ketua Unit Terapi Cara Kerja Hospital Taiping, Zuraidah Ramli di Hospital Taiping, dekat sini baru-baru ini.

Menurut Pengarah PUO, Dr. Salmi Che Meh, inovasi itu membuktikan keupayaan pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menghasilkan penyelesaian praktikal yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“PUO menggalakkan pelajar menghasilkan inovasi berasaskan keperluan sebenar pengguna.

“Kerjasama dengan Hospital Taiping membolehkan pelajar mengaplikasikan ilmu kejuruteraan bagi menghasilkan produk yang berpotensi meningkatkan kualiti hidup dan keberdikarian individu yang memerlukan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Unit Terapi Cara Kerja Hospital Taiping, Zuraidah Ramli, berkata kerjasama ini berpotensi membantu meningkatkan keberdikarian individu yang mempunyai keterbatasan genggaman tangan.

“Produk ini akan digunakan dalam sesi terapi, manakala sebahagiannya akan diberikan terus kepada pesakit yang memerlukan bagi memudahkan aktiviti harian mereka,”katanya yang juga Ketua Bidang Negeri Perak Profesion Terapi Cara Kerja.

Produk ini dihasilkan oleh empat pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal, iaitu Nur Adriana Iman Mohd Harman, Siti Zubaidah Abdullah, Chanjey A/L Rajapandian dan Sutharsanan A/L Rama Murthy, di bawah bimbingan Dr. Nur Raihana Sukri.

Projek ini telah meraih johan kategori Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan johan Inovasi pada MEDSPEC JKM 2026, serta johan kategori Teknikal pada Applied Project Excellence Exhibition (APEX) PUO 2026.

Projek berkenaan turut menghasilkan dua kertas penyelidikan dan satu harta intelek dalam bentuk hak cipta. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat