Perjanjian Malaysia-AS bukan pilihan kita tapi realiti geopolitik yang perlu dihadapi – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR – Setelah hampir 6 bulan berunding, Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-AS sudah dimeterai, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu bagaimanapun berkata, ini bukan pilihan kita, tapi realiti geopolitik yang kita hadapi untuk pertahan akses ke pasaran eksport terbesar kita.

“Kepada yang kritik, tolonglah berhujah dengan fakta, bukan fitnah!

“Kami, Kerajaan Madani bertindak pantas dan berprinsip untuk melindungi mata pencarian jutaan rakyat Malaysia.

“Hasilnya? Kadar tarif AS berjaya diturunkan dari 25 kepada 19 peratus, malah kita dapat pengecualian untuk 1,711 barisan tarif produk utama bernilai RM22 bilion

“Isu garis merah negara seperti hak Bumiputera dan standard Halal kita pertahankan, tiada satu klausa pun yang melanggarnya,” tegas Tengku Zafrul.

Menurut beliau lagi, mengenai pembelian berjumlah RM1 trilion dari AS – senarai perolehan di bawah perjanjian ini bukan perkara baharu.

“Saya ada terangkan pada bulan Ogos yang lepas di Parlimen. Pembelian-pembelian yang bakal dilakukan oleh syarikat-syarikat berkenaan merupakan cadangan perolehan sedia ada syarikat dan tidak melibatkan sebarang dana daripada kerajaan.

“Apa yang kita buat, kita tanya kepada syarikat MNC yang beroperasi di Malaysia dan juga GLC, apakah perancangan pembelian mereka dari Amerika Syarikat dan kita senaraikan semua pembelian tersebut. Kalau tak ada tarif pun, memang mereka akan beli juga kerana ia adalah perolehan yang telah dirancang.

“Sebagai contoh, pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group telah diumumkan pada bulan Mac 2025, jauh lebih awal daripada tarikh pengumuman tarif oleh Trump.

“Samalah juga dengan cadangan perolehan LNG oleh Petronas. Petronas sebenarnya dari dulu lagi membeli LNG dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat.

“Sebelum pengumuman tarif pun Petronas dah beli LNG dari Amerika Syarikat. Tapi sebab kita tak kerja di Petronas, bila dengar pengumuman sahaja, terus melompat, sedangkan perkara ini bukan baharu.

“Perolehan ini merupakan sebahagian daripada strategi komersial Petronas bagi memastikan kestabilan bekalan serta memenuhi komitmen kontrak domestik dan antarabangsa,” katanya.

Tengku Zafrul menegaskan, ART ini adalah pagar yang kita bina, memastikan tindakan selepas ini mesti melalui rundingan, bukan ugutan unilateral.

“Kedaulatan negara tetap terpelihara! tegas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat