MUDA umum tiga calon Parlimen lawan menteri

- Advertisement -

PETALING JAYA- Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mempertaruhkan tiga calon untuk berentap di kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden MUDA yang juga Pengarah Pilihan Raya parti itu, Amira Aisya Abd Aziz malam ini cuma mengumumkan tiga calon Parlimen dan senarai calon lain akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

“Rundingan kerusi antara MUDA dan Pakatan Harapan (PH) telah selesai namun kita ingin cipta elemen kejutan, sebab itu pengumuman calon akan dibuat secara berperingkat,” katanya pada majlis pengumuman calon MUDA malam ini.

Amira Aisya memaklumkan, MUDA menamakan calon Parlimen Kepala Batas (P041), Danial Abdul Majid yang dijangka akan berentap dengan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican.

“Calon MUDA di Parlimen Tanjong Karang (P095), Siti Rahayu Baharin yang akan bertemu Pengerusi Umno Selangor yang juga bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

“Seterusnya calon MUDA Parlimen Tanjung Piai (P165), Lim Wei Jiet yang akan melawan bekas Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi I, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng.

Sementara itu status pencalonan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman masih samar.

Beliau hanya akan mengumumkan sama ada mempertahankan Parlimen Muar pada Rabu akan datang.

“Nantikan pengumuman pada Rabu depan, saya menghormati institusi kehakiman negara.

“Berani kerana benar, hakim bagi saya peluang untuk bela diri saya akan tegakkan kebenaran. Oleh itu, status di Muar tunggu pada Rabu depan,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq memaklumkan hasil rundingan dengan PH, parti mereka mempunyai fleksibiliti untuk menggunakan logo MUDA dalam PRU15 ini.

“Kita akan guna logo MUDA tapi manifesto sama dengan PH,” jelasnya.

Beliau juga mengingatkan semua calon MUDA untuk mengisytiharkan aset dan mengamalkan budaya politik khidmat seperti yang dipraktik di Muar sebelum ini.

Dalam pada itu, hasil rundingan electoral pact dengan PH beliau juga mengisytiharkan
bahawa MUDA dan PH akan sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri PH.

“MUDA juga persetujui tidak ada pertembungan kerusi langsung antara MUDA dan PH,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat