Ahmad Faizal Tak Percaya UMNO Perak Berkomplot Dengan Pembangkang

KWSP: Perjuangan BN berjaya -Najib Razak

KUALA LUMPUR- Perjuangan Datuk Seri Najib Tun Razak membuahkan hasil apabila kerajaan meluluskan Program i-Sinar pengeluaran wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja...

Mulut tempayan bagi gambaran UMNO tiada hala tuju

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ‘menjentik’ pemimpin di dalam parti itu yang membuat kenyataan hingga boleh mengelirukan ahli...

Buktikan suara BN kuat, luluskan pengeluaran KWSP, lanjut moratarium

KUALA LUMPUR - Menteri Kabinet dari blok Barisan Nasional (BN) harus memastikan isu moratarium automatik dan pengeluaran one off sebanyak RM10,000 daripada Akaun 1...

Anggap Malaysia negara sahabat baik, China akan beri keutamaan vaksin COVID-19 – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Malaysia telah disenaraikan sebagai negara yang akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin COVID-19 daripada China,  kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berkata...

Belanjawan Johor 2021: Pengurusan sumber air diperkasa

KUALA LUMPUR – Johor amat komited untuk menjamin kualiti air bersih demi kelangsungan hidup rakyat oleh itu, kerajaan negeri bersetuju untuk membangunkan infrastruktur pengurusan...

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu enggan mempercayai dakwaan sesetengah pihak bahawa UMNO Perak berkomplot dengan parti pembangkang di negeri itu bagi menumbangkan kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN) yang diterajuinya.

Pengerusi Bersatu Perak itu turut menzahirkan kepercayaan penuh beliau kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad, yang dianggap sebagai guru dalam bidang politik.

“Sebenarnya ramai orang tidak tahu hubungan saya dengan Saarani sudah lama malah sewaktu saya dalam Pemuda UMNO lagi, sebenarnya guru politik saya ialah beliau yang mana banyak mendidik saya dalam bidang politik.

“Saya menghormati beliau sebagai orang yang lebih tua daripada saya.

“Kami adalah satu pasukan dan saya tidak percaya beliau atau sesiapa dalam pasukan kami yang bekerjasama dengan pembangkang untuk menjatuhkan sesama sendiri,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di Masjid Sultan Azlan Shah di sini semalam.

Ahmad Faizal berkata hubungannya dengan Saarani juga dalam keadaan yang baik malah sebagai satu pasukan, beliau sentiasa menerima pandangan sebelum membuat sebarang keputusan.

Mengulas pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu daripada Barisan Nasional Datuk Aznel Ibrahim sebagai Setiausaha Politik beliau yang dikatakan menggugat hubungan UMNO dan Bersatu, Ahmad Faizal berkata tiada sebarang masalah berhubung perkara itu dalam kerajaan PN malah ia diterima baik termasuk oleh Pas Perak.

Hari ini (semalam), Saarani menafikan dakwaan bahawa UMNO Perak berkomplot dengan parti pembangkang di negeri itu bagi menumbangkan kerajaan negeri.

Saarani, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, mengulas laporan sebuah portal tempatan yang mendakwa bahawa ADUN Kota Tampan itu mempunyai cukup sokongan untuk menjatuhkan Ahmad Faizal.

Dalam laporan itu, Saarani dikatakan mendapat sokongan empat ADUN PKR, DAP dan Pas untuk dilantik sebagai Menteri Besar baharu menggantikan Ahmad Faizal, yang juga Timbalan Presiden Bersatu.

Kerajaan Negeri Perak yang ditadbir PN terdiri daripada 25 ADUN BN yang kesemuanya daripada UMNO, Bersatu (5), Pas (3) sementara baki kerusi Dewan Undangan Negeri dimiliki DAP (16), Amanah (5), PKR (3) serta Gerakan dan Bebas (masing-masing satu kerusi).

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Syed Saddiq kenapa naik bot bendera BN?

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuktikan beliau pemimpin berjiwa besar tanpa memilih ideologi politik rakyat untuk dibantu. Dalam catatan...

Berita Berkaitan

KWSP: Perjuangan BN berjaya -Najib Razak

KUALA LUMPUR- Perjuangan Datuk Seri Najib Tun Razak membuahkan hasil apabila kerajaan meluluskan Program i-Sinar pengeluaran wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja...

Mulut tempayan bagi gambaran UMNO tiada hala tuju

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ‘menjentik’ pemimpin di dalam parti itu yang membuat kenyataan hingga boleh mengelirukan ahli...

Buktikan suara BN kuat, luluskan pengeluaran KWSP, lanjut moratarium

KUALA LUMPUR - Menteri Kabinet dari blok Barisan Nasional (BN) harus memastikan isu moratarium automatik dan pengeluaran one off sebanyak RM10,000 daripada Akaun 1...