Thailand Terima Kemasukan Pelancong Kapal Persiaran, Kapal Layar

Mulut tempayan bagi gambaran UMNO tiada hala tuju

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ‘menjentik’ pemimpin di dalam parti itu yang membuat kenyataan hingga boleh mengelirukan ahli...

Buktikan suara BN kuat, luluskan pengeluaran KWSP, lanjut moratarium

KUALA LUMPUR - Menteri Kabinet dari blok Barisan Nasional (BN) harus memastikan isu moratarium automatik dan pengeluaran one off sebanyak RM10,000 daripada Akaun 1...

Anggap Malaysia negara sahabat baik, China akan beri keutamaan vaksin COVID-19 – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Malaysia telah disenaraikan sebagai negara yang akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin COVID-19 daripada China,  kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berkata...

Belanjawan Johor 2021: Pengurusan sumber air diperkasa

KUALA LUMPUR – Johor amat komited untuk menjamin kualiti air bersih demi kelangsungan hidup rakyat oleh itu, kerajaan negeri bersetuju untuk membangunkan infrastruktur pengurusan...

Agong perkenan anugerah pingat PGB kepada dua anggota PGA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah, berkenan menganugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kepada mendiang Sarjan Baharuddin Ramli...

BANGKOK: Kabinet Thailand pada Rabu meluluskan kemasukan penumpang kapal persiaran dan kapal layar luar memasuki negara itu, dalam usaha merancakkan semula sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Timbalan jurucakap kerajaan, Traisuree Taisaranakul berkata mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha semalam, bersetuju membenarkan penumpang kapal persiaran dan kapal layar dari negara risiko rendah dan pertengahan memasuki negara itu.

Beliau berkata semua penumpang atas kapal harus mematuhi langkah-langkah kesihatan yang ketat yang dikenakan oleh kerajaan termasuk menjalani kuarantin 14 hari dan mendapatkan insurans kesihatan yang meliputi rawatan COVID-19 dan penyakit lain berjumlah US$100,000 atau setaraf.

“Penumpang kapal persiaran dan kapal layar akan diberi Visa Pelancong Khas (STV) berharga 2,000 baht. Mereka dibenarkan untuk melanjutkan visa itu sehingga 90 hari untuk dua kali,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Bagaimanapun, Traisuree tidak menjelaskan lebih lanjut bila inisiatif itu akan bermula.

Minggu lepas, Thailand menyambut ketibaan kumpulan pertama pelancong dari Shanghai selepas mengenakan larangan kemasukan pelancong tetap sejak April tahun ini.

Sementara itu, Kabinet semalam turut meluluskan lanjutan satu bulan lagi, perintah darurat sehingga akhir November.

Jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri berkata lanjutan kelapan itu bertujuan mengekang penularan COVID-19 secara berkesan di negara itu.

Sehingga kini Thailand merekodkan 3,759 kes COVID-19 dengan 59 kematian.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Syed Saddiq kenapa naik bot bendera BN?

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuktikan beliau pemimpin berjiwa besar tanpa memilih ideologi politik rakyat untuk dibantu. Dalam catatan...

Berita Berkaitan

COVID-19: Jerman sambung perintah sekatan hingga Januari

BERLIN: Jerman melanjutkan perintah sekatan bagi mengurangkan kes jangkitan COVID-19 yang sedang dikuatkuasa ketika ini hingga awal Januari tahun hadapan. Canselor Jerman, Angela Merkel, semalam...

Legenda Bola Sepak Diego Maradona Meninggal Dunia – Laporan

Legenda bola sepak, Diego Maradona dilaporkan meninggal dunia pada usia 60 tahun. Agensi berita BBC melaporkan, bekas pemain tengah dan pengurus pasukan Argentina itu mengalami...

‘Amerika sudah kembali’ – Biden

WILMINGTON: Presiden yang dipilih, Joe Biden, semalam, menyifatkan 'Amerika sudah kembali dan bersedia memimpin dunia' ketika memperkenalkan barisan pembuat dasar dan diplomat veteran yang...