Projek sakit rugikan jutaan wang rakyat, tak kompromi lagi – Mat Sabu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tidak akan berkompromi lagi dengan mana-mana pihak yang gagal menyiapkan projek kementerian itu.

Tegas Mohamad, projek sakit merugikan jutaan wang rakyat.

“Hari ini saya melawat sebuah projek saliran sawah padi yang sepatutnya sudah siap akhirnya terbengkalai dan menyusahkan para pesawah.

“Banyak lagi projek sakit sebegini yang telah merugikan jutaan wang rakyat. Akhirnya Kerajaan perlu mengeluarkan lagi belanja untuk menyiapkan projek-projek sakit ini.

“Saya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang gagal menyiapkan mana-mana projek di bawah KPKM seperti yang telah dijadualkan,” tegas beliau pada Jumaat.

Mohamad memberitahu, untuk projek sakit di Sungai Manik, Teluk Intan dan juga di tempat lain.

“Saya telah mengarahkan laporan perkembangan pemulihan projek dilaporkan setiap minggu kepada saya dalam mesyuarat mingguan pasca Kabinet,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat