Jadikan JDT Penanda Aras Sukan Di Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kejayaan kontinjen Johor muncul juara dalam SUKMA 2022 dipuji kerana membawa semangat juang JDT.

ADUN Bukit Naning, Datuk Mohd Fuad Tukirin berkata, pencapaian kali ini sememangnya sesuatu yang di luar jangkakan bahkan ia melakar sejarah di mana buat kali pertama negeri Johor sepanjang 36 tahun penganjuran SUKMA.

“Dalam sidang DUN Johor, saya telah membahaskan penanda aras sukan JDT haruslah dijadikan contoh dan pembakar semangat.

“Di mana Tuanku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang telah merevolusikan sukan bola sepak sehingga berjaya ke tahap yang tidak terjangkau mana-mana pasukan dalam Malaysia ini apatah lagi jenama JDT kini dikenali seluruh dunia,” katanya.

Tambah Fuad, semangat serta usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Tunku Mahkota Johor sewajar menjadi penyuntik semangat kepada badan-badan sukan dan persatuan-persatuan sukan di Negeri Johor ini untuk melipatgandakan usaha supaya dapat mengapai kejayaan setanding JDT.

Barisan atlet Harimau Selatan pada temasya SUKMA kali ini berjaya mengutip 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat