PM Ucap Tahniah Kepada Putera Mahkota Mohammed Bin Salman

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada Putera Mahkota Mohammed bin Salman di atas pelantikan baginda sebagai Perdana Menteri Arab Saudi yang baharu.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Mulia Putera Mahkota Mohammed bin Salman atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Arab Saudi.

“Malaysia akan terus mengukuhkan lagi hubungan dua hala di bawah pimpinan YAM khususnya dalam meneroka bidang kerjasama baharu dengan Arab Saudi,” kata Perdana Menteri, dipetik dari catatannya di Twitter hari ini.

Terdahulu, semalam media melaporkan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud telah mengeluarkan Dekri Diraja bagi melantik Putera Mahkota Mohammed Salman sebagai Perdana Menteri Arab Saudi yang baharu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat