Pastikan Bukit Naning Terus Terima Limpahan Pembangunan, Janji Fuad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Fokus utama yang menjadi tonggak perbahasan ADUN Bukit Naning, Datuk Fuad Tukiran pada persidangan pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 ialah memastikan kawasannya terus menerima limpahan pembangunan melalui dasar-dasar ekonomi dan pembangunan daripada kerajaan.

Fuad juga menyatakan hasrat untuk menyegerakan pembangunan ‘Muar Furniture Park’ di Bakri Batu 8 yang bakal mewujudkan banyak peluang perkerjaan baru kepada anak tempatan.

Selain itu, beliau berjanji akan meneruskan pembangunan sedia ada seperti prasarana pendidikan, kemudahan kesihatan dan kebajikan rakyat.

“Bantuan dan sokongan berterusan kepada pekebun-pekebun nenas di Mukim Ayer Hitam.

“Pemuliharaan berterusan ekosistem hutan paya gambut di Mukim Ayer Hitam,” katanya.

Bukan cuma itu, Fuad akan membentuk jawatankuasa khas bersama agensi bertanggungjawab bagi menangani isu banjir di Bukit Naning.

“Mengatasi masalah pemendapan tanah yang menjejaskan infrastruktur awam dan kebakaran tanah gambut yang secara lebih proaktif dan berkesan,” ujarnya.

Beliau juga akan mengemukakan saranan di DUN Johor untuk mewujudkan dana khas industri kecil desa bagi tujuan mempromosi dan mengembangkan sektor ekonomi tersebut.

Fuad juga memberitahu, menjadikan pasukan pasukan JDT sebagai tonggak bola sepak negeri Johor sebagai penanda aras untuk kemajuan sukan anak tempatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat