PM Tinjau Raptai Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa meninjau raptai sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya awal pagi tadi sebelum menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri.

Beliau dalam hantaran di Facebook berkata, cuaca yang baik serta prestasi pasukan kenegaraan berada pada tahap terbaik menjelang sambutan rasmi hujung bulan ini.

“Alhamdulillah, cuaca baik dan prestasi pasukan kenegaraan di tahap yang terbaik. Demi Malaysia!” tulisnya ringkas.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dijangka berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Putrajaya dengan pelbagai pengisian acara melibatkan pasukan keselamatan, agensi kerajaan, pelajar serta pelbagai lapisan masyarakat.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat