TUDM Guna Pesawat C130 Bantu Hantar 99,400 Dos Vaksin Ke Sabah

- Advertisement -

KUCHING – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar 99,400 dos vaksin COVID-19 dari Sarawak ke Sabah melalui penerbangan komunikasi logistik, hari ini.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam kenyataan berkata, penerbangan itu membabitkan vaksin Pfizer-BioNTech dan Comirnaty melalui pinjaman vaksin daripada kerajaan Sarawak yang diperoleh dari Kuching, Sibu dan Bintulu untuk dibawa ke Tawau.

“Pemindahan vaksin ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Sabah dalam meningkatkan pemberian vaksin dalam kalangan rakyat bagi mencapai sasaran imuniti kelompok 80 peratus rakyat negeri itu menjelang Oktober depan,” kata kenyataan itu.

Pesawat angkut C130 dari Pangkalan Udara Labuan dikendalikan juruterbang TUDM, Kapten Mohamad Zulkarnain Johari bersama pembantu juruterbang Kapten Owi Wei Lunn, jurutera penerbangan Mejar Mohd Azlan Mohd Ali, jurumalim Kapten Muhammad Haikal Rasdi serta Kuartermaster Udara iaitu Pegawai Waren Udara II Freddie Francis Biren dan Sarjan Udara Ridzuan Karmusakar tiba jam 11.30 pagi di Pangkalan Udara Kuching.

Pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Kuching jam 12.30 tengah hari dengan persinggahan untuk pengambilan vaksin di Lapangan Terbang Sibu dan Lapangan Terbang Bintulu sebelum meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Tawau dan tiba pada 4.30 petang. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat