PM Ucap Tahniah PPV WTCKL Catat Rekod Pemberian 1 Juta Dos Vaksin Di Lembah Klang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengucapkan tahniah kepada PPV WTCKL kerana berjaya merekodkan pemberian suntikan vaksin AstraZeneca dos ke satu juta di Lembah Klang di bawah PICK.

Menurutnya, PPV WCTVL dibuka khas untuk pengendalian vaksin AstraZeneca, dan merupakan PPV Mega pertama yang diwujudkan dengan kapasiti awal sebanyak 8,000 dos sehari sebelum ditingkatkan kepada 18,000 dos suntikan pada 19 Julai lepas.

“Sejarah tercipta! SATU JUTA DOS VAKSIN telah diberi di PPV Mega World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). Alhamdulillah, ini adalah kerjasama dan sumbangan anda semua dalam membantu mempercepatkan pencapaian imuniti kelompok di negara kita ini.

“Kita teruskan usaha baik ini dan menumpukan perhatian ke negeri-negeri lain yang belum mencapai 50 peratus khususnya. Thank you frontliners and volunteers for the awesome momentum! Keep it up!.” katanya selepas bergambar kenangan bersama penerima vaksin 1 juta dos bersama penerima, Zamratulazmi Sarmadi di Pusat Pemberian Vaksin World Trade Centre, hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) diberikan tempoh sehingga akhir bulan depan untuk memastikan enam negeri mencapai kadar vaksinasi COVID-19 sebanyak 50 peratus bagi populasi dewasa.

Ujar Perdana Menteri,  berkata enam negeri yang mencatatkan vaksinasi kurang daripada 50 peratus itu adalah Perak (46.5 peratus), Terengganu (46.2 peratus), Johor (44.9 peratus), Kedah (43.2 peratus), Kelantan (43.1 peratus) dan Sabah (37.1 peratus), setakat 28 Ogos.

“Saya mahu sebelum akhir September semua enam negeri ini kadar vaksinasi telah melebihi 50 peratus (untuk populasi dewasa), tak mahu ada negeri yang kurang daripada itu,” katanya lagi.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat