Bekalan Ubat Rawat Covid-19 Tidak Putus, Diterima Secara Berperingkat – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Bekalan ubat-ubatan yang berkaitan rawatan Covid-19 di hospital awam tidak terputus keseluruhan sebaliknya diterima secara berperingkat daripada pihak pembekal.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum laporan media yang menyatakan terdapat kekurangan bekalan ubat-ubatan untuk kegunaan rawatan jangkitan Covid-19 di hospital awam seluruh negara.

Menurut beliau, sejak Mei lalu permintaan ke atas ubat-ubatan yang digunakan dalam rawatan Covid-19 meningkat secara drastik berikutan kenaikan kes secara mendadak bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia.

“Permintaan dalam negara ke atas ubat-ubatan berkaitan dengan rawatan Covid-19 telah meningkat antara 10 hingga 15 kali ganda berbanding sebelum pandemik Covid-19.

“Ia turut mempengaruhi kedudukan stok ubat-ubatan Covid-19 di hospital awam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, KKM turut dimaklumkan mengenai gangguan bekalan oleh syarikat pengeluar ubat-ubatan di luar negara berikutan situasi pandemik, selain pengeluar tempatan juga mempunyai keupayaan terhad untuk menghasilkan stok dalam jumlah yang besar dalam jangka waktu singkat.

“Ini disebabkan oleh kekurangan bahan mentah di pihak pengeluar dan kemasukan bahan mentah tambahan dari luar negara yang tidak stabil,” jelasnya.

Justeru, Noor Hisham berkata, pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut melalui pendekatan seperti bekerjasama dengan pembekal melalui komunikasi berterusan untuk mendapatkan keutamaan penerimaan bekalan oleh Malaysia serta mencari sumber alternatif bagi ubat di bawah kontrak pusat. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat