Amanah Ibarat Dewan Himpunan Penyokong DAP Kata Hadi

- Advertisement -

Amanah Ibarat Dewan Himpunan Penyokong DAP Kata Hadi

Kuala Lumpur – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Parti Amanah Negara (Amanah) boleh di ibaratkan sebagai Dewan Himpunan Penyokong DAP.

Katanya, Amanah memperoleh undi hanya bersandarkan kepada undian penyokong DAP malah hidup juga dengan sokongan DAP.

“Amanah dapat undi cuma daripada sokongan pengikut DAP saja dan hidup pun dengan sokongan DAP.

“Kalau kita (PAS) ada Dewan Himpunan Penyokong PAS, dia (Amanah) Dewan Penyokong DAP,” katanya.

Abdul Hadi berkata demikian, bagi mengulas kenyataan Amanah yang mendakwa ahli PAS tidak akan undi Barisan Nasional (BN) begitu juga sebaliknya kerana sangsi antara satu sama lain.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu lagi, Amanah terpaksa mencari talian hayat dengan membuat kenyataan yang tidak berasas seperti itu.

“Amanah terpaksa mencari talian hayat dengan membuat kenyataan, kalau tidak orang ingat dia tak ada dah.

“Jadi apa saja, dia akan buat kenyataan. Kita tak jadi masalah, Alhamdulillah pengikut PAS masih setia,” ujar Abdul Hadi. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat