PCS Janji Tubuh Kementerian Pastikan Hak Dan Kekayaan Negeri Terjamin

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman berjanji akan memastikan hak dan kekayaan negeri Sabah sentiasa terjamin sekiranya parti itu berjaya membentuk kerajaan negeri.

Anifah melalui satu kenyataan sebentar tadi berkata pihaknya akan menubuhkan sebuah kementerian baharu khusus untuk menjaga kepentingan negeri.

“Insyallah kalau parti PCS kita menang (berjaya membentuk kerajaan) saya akan menubuhkan satu kementerian (baharu) Sumber Asli dan Gas.

“Ini janji saya dan Parti Cinta Sabah. Bila kami mentadbir Sabah, kami akan pastikan hak rakyat Sabah ke atas kekayaan negeri kita ini terjamin,” katanya.

Khamis lalu, Anifah menegaskan tidak berhasrat untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, bulan depan.

Menurutnya, PCS tetap dengan dasar perjuangan parti itu, yang tidak berpakat dan bergabung dengan mana-mana parti dalam PRN akan datang. – SuaraTV

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memikirkan dan menginginkan PCS, namun kami tetap dengan pendirian kami.

“Kami tidak berpakat dan bergabung dengan mana-mana parti untuk tujuan PRN dan akan bertanding sebanyak mana kerusi, untuk membentuk kerajaan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat