Takiyuddin tawar diri letak jawatan?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Takiyuddin Hassan didakwa menawarkan diri bagi melepaskannya jawatannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

Ini susulan Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita terhadap pengumuman Takiyuddin di Parlimen pada 26 Julai lalu sedangkan baginda belum lagi memperkenankan pembatalan Ordinan Darurat.

Menurut sumber dalaman PAS, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung parti Islam itu memaklumkan hasrat tersebut kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang namun, beliau diminta merujuk perkara (lepas jawatan) itu kepada Perdana Menteri terlebih dahulu.

Dalam kenyataan Istana Negara itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan dukacita dengan kenyataan di Parlimen pada Isnin lalu, bahawa kerajaan sudah membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan Seri Paduka.

Yang di-Pertuan Agong juga amat dukacita kerana apa yang diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan.

Sekarang ini sidang Dewan Rakyat ditangguh manakala kediaman rasmi Muhyiddin dikunjungi barisan menteri termasuk Peguam Negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat