Kontroversi darurat: Menteri, Peguam Negara ‘berkampung’ di rumah Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nampaknya kekecohan bukan hanya terjadi di Dewan Rakyat, kini kehangatan polemik politik tertumpu di kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara.

Ledakan krisis kontroversi ini kembali terbakar sejurus Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengeluarkan satu kenyataan media bahawa Ordinan Darurat yang diumum dibatalkan belum mendapat perkenan baginda.

Ahli-ahli Parlimen Pembangkang mengecam kerajaan kepimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin yang disifatkan telah mengabaikan prinsip Perlembagaan dan tidak menghormati institusi diraja.

Bahkan Muhyiddin didesak melepaskan jawatan kerana menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Berdasarkan rakaman video Bernama TV, kenderaan yang dipercayai membawa menteri dan peguam negara dilihat memasuki kawasan kediaman Muhyiddin tengahari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat