PAS Dokong Prinsip Raja Berpelembagaan, Teguh Bersama PM

- Advertisement -

CYBERJAYA: Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, Parti PAS masih tetap mendokong sistem Raja Berpelembagaan dan tetap teguh bersama YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, prinsip keluhuran perlembangaan dan kedaulatan undang-undang tetap tetap dihormati.

“PAS tegas mendokong sistem Raja Berpelembangaan dalam semua kerangka keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

” PAS teguh bersama Perdana Menteri dalam mendokong semua keputusan yang telah dilputuskan oleh kabinet.” katanya melalui kenyataan media.

Justeru itu, beliau menyeru semua pihak untuk kekal bersatu padu dan mengenepikan politiking dalam menguruskan negara dalam situasi pandemik Covid-19.

” Kestabilan politik serta perpaduan rakyat sangat diperlukan dalam menghadapi ancaman pandemik.” katanya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai lalu bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimahsyurkan oleh baginda sepanjang tempoh darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan media Istana Negara memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenankan dan dipersetujui terdauhulu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun semasa menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.- SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat