Kerajaan Tidak Jatuh, Masih Mendapat Sokongan Lebih 110 Ahli Parlimen – TPM

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ketua WHIP Kerajaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan masih mendapat kekal dan masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli-Ahli Parlimen yang bersama-sama dengan kerajaan hari ini.

Justeru itu, beliau menasihatkan rakyat bertenang di dalam menghadapi situasi terkini politik negara yang tidak stabil.

“Saya menjunjung akan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara pada hari ini.

” Situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan tidak stabil yang beh menjejaskam usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik Covid-19.

“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan masih mendapat sokongan Ahli-Ahli Parlimen yang masih bersama-sama kerajaan pada hari ini.” kata beliau melalui kenyataan medianya, sebentar tadi.

Ismail Sabri yang juga Timbalan Perdana Menteri berharap rakyat bertenang dalam menghadapi situasi dan bersama-sama berdoa agar kemelut politik ini akan berakhir  dengan segera, ujarnya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai lalu bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimahsyurkan oleh baginda sepanjang tempoh darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan media Istana Negara memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenankan dan dipersetujui terdauhulu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun semasa menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.- SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat