Putaran Roda, Dulu Kerajaan Shafie Naik Melalui Manipulasi – Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa berkata keruntuhan kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan) di negeri berkenaan kerana ia dulu ianya dibina daripada tipu muslihat dan manipulasi.

Justeru itu katanya, kerajaan yang diterajui oleh Datuk Seri Shafie Apdal tidak bertahan lama

“Kerajaan DSSA ( Datuk Seri Shafie Apdal) di Sabah dibina atas manipulasi dan muslihat..nescaya ianya juga akan runtuh berpunca dari satu muslihat…putaran roda genap 360 darjah,” katanya, dipetik dari laporan MalaysiaGazette.

Kenyataan beliau itu dipercayai merujuk kepada pelantikan Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah sebelum ini berlaku selepas sekumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN melompat menyertai PPBM dan Warisan di negeri itu.

Pada PRU14 lalu, Musa telah mengangkat sumpah sebagi Ketua Menteri pada 10 Mei 2018 selepas mendapat sokongan majoriti daripada 31 ADUN termasuk dua ADUN parti STAR.

Warisan yang diketuai Shafie bersama PKR dan DAP ketika itu menguasai 29 kerusi daripada jumlah keseluruhan 60 kerusi DUN di Sabah.

Bagaimanapun, dua hari kemudian kerajaan BN dipimpin Musa dijatuhkan selepas sekumpulan ADUN BN termasuk dari UPKO berpaling tadah dengan menyokong Shafie sebagai Ketua Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat