Sabah Bukan Sebahagian Malaysia, Duta Filipina Diminta Beri Penjelasan

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengarahkan Wisma Putra untuk memanggil duta besar Filipina di Kuala Lumpur bagi menjelaskan kenyataan yang menyentuh mengenai kedaulatan Malaysia.

Arahan tersebut dikeluarkan ekoran ciapan oleh Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Teodoro Locsin Jr yang mendakwa Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia.

“Sabah tidak berada di Malaysia jika kamu ingin mempunyai kaitan dengan Filipina,” kata Locsin menerusi ciapab di laman Twitternya pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Kedutaan AS di Filipina, yang menyiarkan gambar memberi bantuan kepada rakyat Filipina yang dihantar dari Sabah.

Hishammuddin kemudiannya membalas kenyataan tersebut sambil menyifatkan dakwaan Locsin itu sebagai “satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab”.

“Ini adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab serta boleh mempengaruhi hubungan dua hala (-antara negara)

“@MalaysiaMFA akan memanggil Duta Besar Filipina pada hari Isnin untuk memberi penjelasan. Sabah adalah dan akan selalu menjadi sebahagian daripada Malaysia,” katanya, sambil merujuk kepada twityer rasmi Wisma Putra.

Sementara itu Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan turut bersetuju dengan tindakan Hishammuddin itu.

“Setuju Datuk Seri @HishammuddinH20 Sila maklumkan kepada @teddyboylocsin kenyataan beliau itu adalah sangat merepek,” ujarnya pula.

Sabah, Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura membentuk Malaysia pada tahun 1963 di bawah perjanjian antarabangsa yang disebut Perjanjian Malaysia 1963.

Singapura kemudiannya bertindak untuk keluar dan membentuk sebuah negara berasas republik.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pada 2016 berkata beliau akan meneruskan tuntutan ke atas Sabah.

Pada 2019 Duta Filipina ke Malaysia, Charles Jose kembali menegaskan, Manila belum menarik balik tuntutan ke atas Sabah, sebaliknya negara itu tidak aktif meneruskan tuntutan berkenaan ketika ini.

Wisma Putra kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan menegaskan Sabah ialah sebahagian daripada Malaysia, seperti diiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan masyarakat antarabangsa sejak pembentukan persekutuan pada 16 September 1963.

Putrajaya melalui Kementerian Luar, secara konsisten menolak tuntutan Manila dan terbaru pada Julai 2018, apabila Ahli Jawatankuasa Rundingan Mengkaji Semula Perlembagaan Filipina 1987, Aquilino Pimentel Jr, mencadangkan negeri itu dijadikan wilayah Filipina dalam usaha ia beralih kepada sistem persekutuan.

Walaupun banyak kenyataan dilaporkan media, Manila sehingga kini belum mengambil sebarang tindakan rasmi seperti memfailkan tuntutan tersebut di Mahkamah Jenayah Antarabangsa secara rasmi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat