Adun Sokong Musa Aman, PKR Akan Ambil Tindakan Tegas

- Advertisement -

Kuala Lumpur – PKR akan mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam merangkap Naib Ketua PKR Sabah, Kenny Chua kerana menyokong bekas ketua menteri, Tan Sri Musa Aman untuk menubuhkan kerajaan negeri baru.

“Tindakan tegas akan diambil,” kata Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin secara ringkas kepada sebuah portal berita.

Chua antara Adun yang menghadiri sidang media Musa petang tadi untuk mengumumkan beliau mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan Sabah yang baru selepas mendapat sokongan mencukupi daripada Adun di negeri itu.

Musa dilaporkan berkata, beliau sudah menerima surah akuan daripada Adun yang mengesahkan pendirian mereka untuk menyertai gabungan baru yang akan diketuainya.

Gabungan itu merangkumi wakil rakyat daripada Umno Sabah, PPBM, STAR, PBS dan Adun PKR, DAP, Warisan serta Upko.

Katanya, kerajaan negeri baru itu, jika berjaya ditubuhkan, akan tampil dengan dasar lebih baik untuk membebaskan Sabah daripada keadaan ekonomi sedia ada disebabkan kerajaan pimpinan Warisan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat