Polis Kawal Pintu Istana Negeri Sabah

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Polis mengawal pintu masuk Istana Negeri, di Kota Kinabalu, Sabah susulan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman mendakwa mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru di negeri itu.

Dalam masa sama, Musa juga dijangka akan menghadap Tuan Yang Terutama, Tun Juhar Mahiruddin bersama dengan akuan bersumpah dari kumpulan ADUN yang menyokongnya sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru.

Musa Aman hari ini mengumumkan telah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru selepas mendapat sokongan mencukupi daripada Ahli Dewan Undangan (ADUN) negeri itu.

Beliau berkata pihaknya akan membuat satu bentukan dan menyokong Perikatan Nasional (PN) dalam satu sidang media tergempar yang dibuat di rumahnya sebentar tadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat